Mencari Sesuatu? Cari Sini Dengan Google Search

About Me
Name: Mis Kawai™
Home: CannyNgau, Sabah, Malaysia
About Me:
See my complete profile
Previous Post
Archives
Shoutbox

Sponsored Links

Links
Powered by

Isnaini Dot Com

BLOGGER

 

 

 
  Tuesday, November 14, 2006  
 
 
Rahsia Diri
DAHI
--> Kerutan menegak pada dahi :: kerut ini menendakan kamu tergolong antara individu yang kuat bekerja demi memperoleh kesempurnaan dalam segala perkara
--> Kerutan tunggal :: Garisan tunggal yang mendatar di bahagian antara mata kamu pula memandakan kamu adalah individu yang bertanggungjawab dan tahu cara untuk meringankan beban kamu.

TELINGA
--> Telinga berbentuk runcing :: ini menunjukkkan kamu seorang yang keras hati, namun kamu tergolong anatara individu yang cerdik dan kreatif.
--> Garis kedutan menegak di bahagian cuping telinga :: menandakan kamu perlu lebih berhati² dalam memelihara kesihatan diri kamu.
--> Cuping telinga bersambung dengan rusuk kepala :: kamu suka memerintah orang. Orang lain yang menilai diri kamu akan mengatakan kamu seorang yang degil.

MATA
--> Mata kelihatan berdekatan antara satu sama lain :: kamu dikategorikan sebagai individu yang terlalu berkira, kurang sabar dan kadangkala berfikiran agak sempit. Tetapi, kamu mempu menilai sesuatu dengan tepat!
--> Mata berjauhan antara satu sama lain :: kamu ialah individu yang penyabar dan berfikiran luas. Tetapi agak mudah ditipu dan ada kalanya emosional.
--> Mata kelihatan ke dalam :: Kamu seorang yang romantic, berhati² dan agak pendiam. Kamu serius dalam percintaan dan pasti akan mengecap kejayaan ketika usia kamu menjangkau usia 30an.
--> Mata kelihatan tersembul :: kamu ingin memastikan diri sentiasa berada di hadapan! Sifat ego juga ada pada diri kamu! Jangan biarkan sifat ini terus membelenggu diri kamu.

BULU KENING
--> Bulu kening seakan bersambung :: kamu sering membebankan fikiran kamu dengan pelbagai perkara. Kamu jangan terlalu mudah berkecil hati!
--> Bulu kening kelihatan tidak teratur :: kamu seorang yang agak terburu² dan sering mencampuradukkan pelbagai perkara dalam satu masa.
















HIDUNG
--> Hidung seakan memiliki bentuk seperti bola kecil di bahagia hujungnya :: inin menandakan kamu adalah individu yang menghargai segala kecantikan yang dianugerahkan Tuhan.
--> Bahagian hujung hidung kamu kelihatan seperti bentuk bawang :: kamu gemarkan kesejahteraan dan keharmonian hidup!kamu juga individu yang gemar mengumpul pelbagai koleksi istimewa.

MULUT
--> Sudut mulut kamu melengkung ke atas biarpun dalam keadaan tidak tersenyum :: bererti kamu sentiasa bersedia untuk mendengar apa jua berita baik dari orang lain. Kamu sentiasa berfikiran positif dan jarang bersendirian.
--> Mulut melengkung ke bawah secara semula jadi :: kamu mudah putus asa dan sering mencurigai apa jua perkara yang kamu dengar. Jangan terlalu berfikiran negatif sekiranya ingin menikmati kejayaan dan kebahagiaan di usia muda!

GIGI
--> 2 gigi hadapan yang agak jarang :: menunjukkan kamu berani dan sanggup menanggung risiko. Namun kamu terlalu mudah berubah fikiran.
--> 2 gigi hadapan yang agak besar :: kamu mungkin mempunyai sifat yang agak degil dan terburu² dalam sesuatu perkara. Ia mampu diatasi jika kamu ditenangkan oleh orang lain.

DAGU
--> Dagu runcing :: kamu gemar menguasai sesuatu perkara. Kamu juga cerdik dan peka, namun agak ‘moody’. Kamu tidak suka menerima perintah tanpa sebarang alasan yang kukuh.


MATA

MATA BERSAIZ BESAR :: Dalam persahabatan kamu adalah individu yang sangat setia namun kamu harus kurangkan sikap suka bergantung kepada orang lain. Kamu perlu yakin dengan setiap keputusan yang kamu buat dan jangan hidup seperti lalang ditiup angin. Kamu perlu memiliki ketegasan dalam membuat sebarang keputusan dan jangan biarkan keputusan orang lain mempengaruhi pertimbangan yang sedang kamu fikirkan!

MATA BERSAIZ SEDERHANA :: Jujur dan bijak membuat keputusan adalah sifat positif yang paling menyerlah dalam diri kamu. Selain itu, sikap manja dan ambil berat terhadap pasangan menjadikan hubungan kamu sentiasa akrab dan jarang bertengkar. Namun ada kalanya kamu harus bijak melahirkan perasaan terhadap individu yang tidak kamu senangi. Jangan terlalu mementingkan perasaan orang lain sehingga diri kamu pula yang diperlekehkan. Pupuklah sifat tegas di dalam diri agar kamu tidak mudah dipergunakan untuk kepentingan orang lain.

MATA BERSAIZ KECIL :: Sekiranya kamu memiliki mata yang bersaiz kecil, kebisaannya kamu akan dikategorikan sebagai individu yang memiliki sifat periang dan peramah. Tidak hairanlah sekiranya kamu sering kelihatan berdampingan dengan ramai teman kerana kamu terlalu mudah didampingi dan disenangi oleh individu disekelilingmu. Walawbagaimanapun sika gemar bercelotehmu itu harus dikurangakan sedikit kerna bimbang akan merimaskan akan merimaskan pihak-pihak tertentu! Khususnya bagi kamu yang telah memiliki pasangan! Bukan apa, bimbang bimbang juga sekiranya pasanganmu akan bosan dengan sikapmu yang gemar berleter. Selain itu kamu juga perlu bijak mengawal emosi! Jangan terlalu cepat melenting dan jangan gemar menyimpan perasaan amarah mu itu terlalu lama kerana bimbang ia akan memakan diri!

MATA BUNDAR :: Sikap lemah lembutnya memang sering mendapat perhatian umum namun disebalik kelembutan itu terselit juga sifat keras hati dan ada kalanya terlalu mudah naik angin! Jadi berhati-hatilah bagi sesiapa yang memiliki teman bermata bundar ini.

MATA CENGKUNG :: Macam mata orang tak cukup tidur saja. Bagi mereka kerier menjadi keutamaan dalmam hidup. Mungkin ramai yang beranggapan diri kamu agak membosankan kerana kamu agak serius sekiranya membincangkan tentang seuatu topic,namun sebenarnya kamu dalah individu yang berfikiran jauh. Sebelum membuat keputusan, terlalu banyak perkara yang akan kamu fikirkan terlebih dahulu. Kegagalan yang kamu lalui tidak mudah mematahkan semangatmu untuk meneruskan kehidupan. Malah, kamu menjadikan kegagalan dan kelemahan yang ada dalam diri kamu itu sebagai perangsang untuk kamu meneruskan usaha bagi mencapai cita-cita yang di hajati selama ini.


KUKU

BERSIH DAN JERNIH :: Kamu sentiasa inginkan kekemasan dalam setiap perkara yang kamu lakukan. Kamu akan melaksanakan dengan dengan penuh kesungguhan. Hasilnya kelak memang memberangsangkan… tidak hairanlah sekiranya individu yang memiliki kuku yang sebegini serng berkecimpung dalam kerjaya yang melibatkan penghasilan kerja seni halus seperti jahitan, kraf tangan dsb.

SEDERHANA BESAR DAN BERWARNA MERAH JAMBU :: Seperti individu yang memiliki kuku bersih dan jernih, kamu juga memiliki sikap yang sama seperti kelompok tersebut. Selain itu, individu yang tegolong dalam kategori ini turut memiliki sikap yakin pada diri sendiri dan sentiasa inginkan perubahan positif dalam diri mereka. Sikap ramah dan bijak berkomunikasi juga menjadikan mereka antara individu yang mudah didampingi dan memiliki ramai teman.


BENTUK KUKU

KUKU GELAS :: Seperti sebiji gelas. Mereka ini dikatakan bijak bersosial dan tidak mudah lupa diri. Individu yang memiliki kuku berbentuk gelas ini sentiasa mementingkan personality dan bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Biarpun kamu gemar bersosial kamu tatap bijak menjaga diri dan tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir negatrif. Keluarga menjadi keutamaan mu.

KUKU RUNCING DAN KECIL :: Ragu-ragu dan kurang yakin pada kemampuan diri sendiri harus kamu tepis dalam diri kamu itu. Walaupun kamu memiliki ramai teman, kamu perlu bijak menilai keikhlasan dan kebaikan individu yang berada di sekeliling mu. Bukan apa, bimbang diri kamu akan dipergunakan mereka pula.

PENDEK DAN LEBAR :: Kebisaannya individu yang memiliki potongan kuku sebegini memiliki sifat tangkas dan aktif. Kecergasan yang dimilikinya itu menjadikan individu yang berada dalam kategori itu sebagai individu yang bijak dan sering memperuntukkan waktunya yang terluang dengan melakukan kerja-kerja yang berfaedah!

KUKU TEBAL DAN AGAK LEBAR :: Sikap tegas dan serius dalam melakukan sesuatu tugasan sering membuatkan individu yang berada disekelilinmu berasa agak takut denganmu. Ramai yang menganggap kamu sebagai individu yang serius dan kamu sesuai menjadi seorang ketua. Namun, jangan kamu salah gunakan kepercayaan dan tanggungjawab yang telah diserahkan kapada kamu itu.

KUKU RATA DAN BERSEGI :: Kesederhanaan adalah cara hidup yang paling kamu senangi. Individu yang tergolong dalam kategori ini perlu lebih berusaha demi meraih kejayaan dan kesenangan di masa akan datang. Jangan terlalu mudah menyenangi dengan kejayaan yang telah kamu miliki setakat ini. Tidak salah memiliki sifat suka bersederhana, namun kamu perlu bijak merebut peluang keemasan yang ada di depan mata.


posted by Mis Kawai™ @ 12:07 AM   0 comments
 
 
  Friday, November 10, 2006  
 
 
The Memory of Us
















Goldfinger's Counting The Days



So here I go and there you went...again
Just another stupid thing that I done wrong.
Locked up in my head, knocked down, beaten, left for dead
With all those brilliant things I should have said.
I gotta get away, and find something to do'
Cause everything I hear, everything I see, reminds me of you.

Still counting the days I've been without you 1, 2, 3, 4...
Still counting the days that you've been gone.
Day one, was no fun.
Day two, I hated you.
By day three I wish you'd come right back to me.
Day four, five and six, well I guess you just don't give a sh**.
Day seven, this is hell. this is hell.
I gotta get away, and find something to do.
But everything I hear, everything I see, reminds me of you.


Still counting the days I've been without you 1, 2, 3, 4...
Still counting the days that you've been gone.
Still counting the days since you left me. 1,2,3,4...
Still counting the days since you've been gone.

A thousand things I wanna say to you, but it's too late now.
A thousand things I wanna say...
A thousand things I wanna say to you, but it's too late now.
A thousand things I wanna say...

Still counting the days I've been without you.
Still counting the days that you've been gone.
Still counting the days I've been without you 1, 2, 3, 4...
Still counting the days that you've been gone.
Still counting the days since you left me 1, 2, 3, 4...
Still counting the days that you've been gone.

Gone...
Gone...
Gone...
Gone...
posted by Mis Kawai™ @ 8:22 PM   0 comments
 
 
  Monday, November 06, 2006  
 
 
bAntaL & p3Rib4di

Tidur dengan satu bantal

Mereka bukan jenis mengada² dan boleh menerima keadaan seadanya. Meraka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata².



MeLetakkan bantal di bawah kaki

Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dengan orang ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita. Mereka tidak suka berusaha.



MemeLuk BantaL

Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantic. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.



Menggunakan banyak bantaL

Mereka biasanya kurang keyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pendangan orang lain.



Tidur tanpa bantaL
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Akhirnya sifat percaya diri ini membawa kepada sifat ego.
posted by Mis Kawai™ @ 11:06 PM   0 comments